20140615

nikmat makan.

Bismillah


sejak pindah masuk rumah baru yang tiada pertanggungjawaban ke atas aku utnuk bergilir-gilir masak setiap beberapa hari, kemhairan memasak aku sanagt merudum. and i just dont know why. dulu masa duduk dengan akhawat, aku rasa aku terror (bukan as in terror mengganas) masak. name it; bakso, mi bandung, mi kari, ayam kicap blackpepper, sambal nasi lemak. cewah. celah jari jew ---tema keseluruhan perenggan: perasan dan takabbur.

bila masak untuk diri sendiri, aku sendiri pun tak larat nak makan. lebih garam la, lebih gula la. rasa pelik-pelik ntah apa-apa. aku rasa kalau bagi kucing pun mereka tak sanggup jua nak menghadapnya. give up ah cenni masak. tsk. 

teringat ada satu dokumentari ni, tentang plane crash survivors yang terpaksa makan daging mayat kawan dorang sendiri utnuk terus hidup sebab dah dharurat and desperate sangat, and it happened for more than a month. dorang tersadai dekat pergunungan salji yang takde langsung tumbuhan atau kelibat haiwan.--- dorang makan just for the sake of sustaining their lives. not more or less. sebab daging manusia tu memang tak sedap (macam sure je) and memang geli and unethical pun untuk makan daging orang. kan.

---sebab takde option lain. like, bila kau sebenarnya takde nafsu pun nak makan makanan tu, but you just have to eat it or else you gonna die. macam tu la perasaan aku setiap kali menyuap masakan sendiri. lol. exaggerate nya -.-

but it feels good though. situasi yang mengajar aku untuk sentiasa rasa cukup dan syukur dengan apa yang ada and melatih diri untuk tak merungut. 

terasa nikmat di sebalik musibah masakan yang terhasil dari kefasadan masakan hasil tangan sendiri. (fasad: rosak). 
---terasa nikmat makan tu hanya sekadar untuk menggerakkan tubuh seharian untuk bekerja dan sekadar untuk mencukupkan. bukan semata-mata nak kenyang dan memuaskan nafsu. 

---bila tak diperhambakan nafsu. nikmat apa yang paling besar selainnya?



'Dan adapun, orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya, 
maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya' 

(79:40)


amboi bila takde option kemain pandai berkata-kata dan elok bermuhasabah bagai. cuba nanti tengok balik malaysia macam mana gayanya. u_u

---bukan ke lagi nikmat bila tidak melakukan sesuatu tu sebab Allah semata-mata. bukan sebab takde pilihan?

erm. k.

sedang aku paksa diri untuk menyuap nasi goreng masin ke mulut sendiri, ada manusia-manusia kat luar sana, kat ceruk dunia yang lain, yang tak berjumpa langsung punca makanan untuk terus hidup. Allah :(

alhamdulillah ala kulli haal.

semoga Allah sentiasa mencukupkan kekurangan mereka.

Hanya Allah sebaik-baik pemberi rezeki. hanya Allah sebaik-baik pelindung.


No comments: