20140614

#tilljannah

Bismillah


Lately banyak cerita artis bercerai-berai. erm. kantoi baca website gossip. herher. eh kat metro pun keluar juga ye u_u yang paling menarik hati adalah tentang kisah bekas sepasang suami isteri yang ketara perbezaan umur mereka ni. and you know who. kawin for a short while after kenal each other for a short period of time.

bagi aku adalah satu perkara yang sangat menakutkan kalau isteri takde rasa hormat pada suami sendiri---antara perkara yang aku sendiri takut bila dah kahwin. keji kot perasaan macam tu. kan. like, kau akan senang-senang pandang rendah pada suami sebab kurang pandai ke, kurang harta ke, kurang fikir, kurang umur, kurang kacak ke (eh). dari perasaan macam tu je pun dah mampu untuk spark perbuatan nusyuz pada suami.



BUT COME ON. SIAPA PUN SEMPURNA KAT DUNIA NI?.

---

pengajaran pertama; perpisahan mereka meruntuhkan persepsi positif aku tentang idea 'tak-kenal-lama-pun-takpe-kawin-dulu-nanti-bercinta-lepas-kahwin-insyaAllah-lagi-halal-dan-berkah' ---but of course it is unfair to generalise things. ada yang kenal sehari and then kawin and then bahagie je manjang. ada pasangan yang mereka tak rasa pun mawaddah, rahmah dan sakinah pada perkahwinan dorang. Allahualam. boleh jadi ia ujian untuk mereka.--- btw aku tak percaya pun wujud relationship yang setiap saat happy. hashtagtilljannah.

pengajaran kedua; hubungan yang sihat tak semestinya perlu dicanang satu dunia. rasanya macam takde keperluan pun dihebahkan kebahagiaan tu untuk semua orang tahu especially kat social networks-hashtagfollowersperlutahu. kalau gambar berdua dengan gaya ala-ala ok la jugak. ni kalau setiap kali post gambar dedua melekat macam kembar siam, meluat la jugak lelama menengoknya. unfollow kang kecik hati pule. ahaks. walaupun aku masih meragui diri aku sama ada dapat menahan diri atu tidak dari post unnecessary pictures of me and my future husband on fb or instagram. erm---melainkan perbuatan tersebut diniatkan untuk sebarkan kebaikan lillahi taala.

pengajaran ketiga; bergantunglah seerat-eratnya pada Allah. walau macam mana tinggi pun expectation kita pada kebahagiaan dan persediaan untuk mendapatkan rasa bahagia itu, akhirnya yang menumbuhkan rasa itu hanyalah Allah jua semata-mata.

---tiadalah kebahagiaan yang paling benar melainkan redha Tuhan semata-mata.


'Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepda Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. 
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaku'

(89:27)


ya ayyuhannafsul mutmainnah irji'e ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. fadkhuli fi ibadi wadkhuli jannati.


No comments: