20141201

lelaki tak guna

tiba-tiba terngiang lagu Yuna. tentang lelaki tak guna


beberapa hari lepas ada tengok satu komen lelaki kat website pasal ciri-ciri isteri yang dia nak. dia cakap dalam bahasa inggeris tapi bila diterjemah kepada bahasa yang mudah, lebih kurang berbunyi:'


'bakal isteri saya haruslah pandai melayan saya di rumah sebab beliaulah penyebab saya terhalang dari melakukan zina di luar rumah'


jadi maksud disebalik ayat tersebut yang aku boleh nampak adalah, kalau perempuan tu tak mampu memuaskan hati dia (in whatever aspect there may be) itu totally salah isteri dia sebab tak pandai layan suami, atau tak mampu cantik 24 jam dan tak kentut keluar pelangi dan tak pernah busuk---and dia ada reason untuk berselingkuh di luar sepertinya dia seekor binatang buas yang tak mampu berfikir yang tak mampu menundukkan nafsu dna keinginan sendiri. 


*teringat pulak kes Mah di Metro. ditipu suami sebab dah tak cantik dan tak wangi lagi.


aku kehilangan kata terbaca komen lelaki ni, ditambah dengan statusnya yang 'kelihatan' alim.

tahi. 

kenapa perempuan sepenuhnya dibebankan dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki tu pun kongsi separuhnya? ---- SELF-CONTROL.

dan walaupun lelaki itu macam hampeh aku masih tak berminat nak jadi feminist kat sini.


No comments: